 |
|
Thursday, September 18, 2008
kembali untuk selamanya atau sementara???
hari ni aku kembali lagi ke laman yang sepi ini.
bosan. life hasn't change so much lately (i think so). anak aku yang pertama, Princess K dah masuk 1 tahun 6 bulan. Wife aku pun dah pregnant 2 bulan. esok nak pegi buat check up. aku x dapat cuti pulak tu. belasah aje la keluar pejabat. lagi pun aku kan bos. hahahahahha
blogging buat aku pedih semula. melalui blog ini la aku kenal si dia dan hasilnya aku melalui masa indah bersama dia. tapi semua kini mula berakhir (mula???). entahlah, aku dah hampir sebulan x contact si dia, tapi untuk berapa lama? akurasa bersalah kerana membelakangkan wife aku. even aku x ada buat apa pun dengan si dia, tapi perasaan bersalah tu menghantui aku ke mana sahaja. sampai jumpa orang nama sama pun aku jadi fobia. aduh.......
mesti bosan kan baca entri ni? tapi xpe, aku akan update lagi.
"THE MOMENT OF TRUTH"
Posted at 12:05 am by arjunapicisan
Permalink
Thursday, March 08, 2007
hari ni minggu ni aku penat sesangat
aku penat sesangat sebab terlalu banyak benda aku nak kena buat. wife aku nak bersalin bila - bila masa je ni.kalau ikut kiraan due adalah 28 Mac 2007.hari ni dah 8 mac.that means ada 20 hari lagi.since dia dah tak kerja ni, aku rasa risau.cukup ke gaji aku nak tampung 3 orang punya makan? aku tau rezeki semuaorang tu Allah dh tentukan. ada cuma kita je kena cari.
Aku cuba cari dari jalan yang halal dan lurus. YA allah, kau bantulah aku hadapi hidup ini dengan selamat dan sejahtera. tiap pagi aku bangun dengan harapan hutang yang menari - nari di sekeliling aku ni akan pergi dengan rela tanpa dipaksa2. (tanpa bayar sesen pun) hahahaha, dah pandai buat hutang tak tau nak bayar pulak eh?
semalam aku register untuk jadi agen insuran.dah lama dah aku stop jadi agen ni. aku kena kerja dengan lebih kuat lagi.aku mesti sediakan kehidupan yang selesa untuk keluarga aku. aku kena sediakan perlindungan untuk mereka. aku tak tau berapa lama aku hidup. entah esok, entah lusa, entah lepas tulis blog nih, who knows? only He knows right?
masa aku taip ni rasanya staff lain smeua dha balik dah.lampu dah gelap tinggal lampu bilik aku je yang masih terang.kena balik dah ni.nak main bola. esok ada lagi kerja yang tak siap.lagi celik mata, kerja,kerja kerjaaaa........
"lebih baik bergerak dari duduk diam"
Posted at 03:19 pm by arjunapicisan
Permalink
Thursday, October 12, 2006
satu kali orang rumah nak makan mc donald la....
haduh...masa aku tulis ni, aku baru balik anta mc nugget kat orang umah aku.aku pun gatal masa nak balik thari tadi tanya dia nak makan apa2 tak untuk lunch dia.al maklum la, ibu mengandung time2 mcm ni selera makan dia tak tentu.di sini aku bermurah hati untuk mengkronologikan ketebalan muka aku membeli mcnugget.
step 1 : aku dengan muka selamBADAK masuk la ke mcd tu. step 2 : aku dengan selamBADAK mengorder mcnugget step 3 : satu kali bera dah muka aku, mc nuget kena tunggu pulakkkk dahh..... step 4 : kontrol macho, bayar, amik balance step 5 " memandu pantas seperti kilat lari dari kawasan kejadian sambil menyumpah "apasal la kat area aku ni takde yang drive thru punya mcd" muahahahah
sepatah kata MasterCard ;
Mc nugget = RM 8.00 senyuman isteri = tak ternilai. :)
yang lain, biar arjuna uruskan.keh keh keh.
Posted at 02:32 pm by arjunapicisan
Permalink
Tuesday, October 10, 2006
hari ni aku tak tau kat luar sana jerebu ke mendung. yang pasti aku keletihan selepas bawak orang rumah pegi check up.best siut nampak gambar baby kat skrin gerak2.nanti aku upload bagi korang tengok ok.by the way, aku cuti hari ni.singgah opis jap je.ok la.sambung esok ya.wassalam.
Posted at 03:31 pm by arjunapicisan
Permalink
Monday, October 09, 2006
apa yang aku patut buat hari ni
sepatutnya hari ni aku bawak isteriku yang terchenta pegi check up utk ibu - ibu mengandung.sepatutnya juga hari ni aku settlekan kerja akuyang meLAMBAK kat opis tu.tapi sayang, aku sangat malas hari.tersangat malas.
tgh rilek - rilek ni dgr lagu DEWA - Mistikus Cinta.lagu ni pemes masa aku tgh courting my wife sekarang nih.kami tak ambil masa yang lama untuk bersatu.kekira mcm ajaib la.keh keh keh.
aku tak tau nape aku malas sangat hari ni.mungkin sebab malam tadi tak dapat tonik semangat dari sang isteri.maklumlah, malam tadi aku tido sesorang sebab dia aku dah anta balik kampung.nenek dia jaga.aku tak dapat jaga dia dengan baik setakat pregnancy peringkat awal ni. sebab tu aku sedaya upaya takmo sedihkan hati dia, semua yang dia nak semua dapat walaupun aku x berganti stokin nak raya2 nih.huwaaaa.....
Posted at 02:31 pm by arjunapicisan
Permalink
Friday, October 06, 2006
mana satu lebih penting???
Nurul akui tidak tinggal sebumbung lagi dengan ajai (Frontpage, Utusan Malaysia 6 Oktober 2006) vs all eyes on Lina Joy Case (The Star 25 Jun 2006) http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/6/25/focus/14641732&sec=focus
kesian orang Islam kita (aku tak panggil orang Melayu sebab tak semestinya orang Islam tu Melayu dan juga ramai Melayu sekarang yang dah tak Islam mahupun dah tak mcm orang Islam). dah tak pandai nak bezakan mana satu yang lebih penting. dah gelap mata.antara orang yang tak duduk sebumbung dengan orang yang dah takmo hidup bawah bumbung islam.
malam tadi semasa aku duduk dalam kereta dengan wife aku di Danga Bay. aku baru perasan yang kereta sebelah aku tingkap dia terbuka sikit. musykil jugak aku.rupa2nya ada 2 orang meLayu MuSelam duk beromen dalam kereta.celaka betul.dah la bulan puasa, kat tempat public pulak tu.sebelah kereta budak tu ada satu family chinese tengah duk main tanglung duk perati je dorang romen.
aku berdiri kat tepi tingkap dorang pun boleh dia buat bodoh je. geramnya la aku. sudahnya, aku blah dari situ.jijik melihat binatang mcm dorang.
notakaki: mana satu lebih penting? main dalam kereta atau main tanglung?
Posted at 10:14 am by arjunapicisan
Permalink
Monday, August 07, 2006
aku dan erti sebuah jawapan
masa memula aku masuk keje dulu, soalan pertama yang GM aku tanya bila first time aku ngadap dia adalah "awak dah kawin?"
bila aku jawab belum, dia bilang "kawin la cepat, nak tunggu apa lagi"
dan aku terkedu.pertama - tama kerana aku dah dah lama tak pikir pasal kawin masa tu. yang aku pikir nak joli katak je.
tapi hari ni, pada 1 Ogos baru ni, aku sudah menemui jawapan yang menghantui kepala hotak aku yang ntahapehapentah ni. nak tahu apa jawapan yang aku jumpa???
tungguuuuu........................
Posted at 05:04 pm by arjunapicisan
Permalink
Monday, July 10, 2006
today, i didn't do anything. my life just slowly crept away, away from all those annoying people around me....i suffocating , gasping for more air.... huarghhh...somebody, help me.
it's just hard to be me....
anyone to fill my shoe?
Posted at 03:16 pm by arjunapicisan
Permalink
Friday, July 07, 2006
Masterpiece vs 200 Compressor CLK
tak habis2 cite Mat Said ni. memula isu kayu bergergaji, lepas tu isu kereta lucuthak kastam, lepas ni apa pulak Pak Said?
bila baca kisah orang tua ni, tengok muka dalam paper, dalam TV, rasa geli hati pulak. tengok muka mcm orang tua nyanyuk.jadi wakil rakyat, nak tolong lepaskan kayu bergergaji yang kena sita tapi rupa2nya agensi Bin Yu Enterprise yang uruskan. nak hentam kastam sebab tak puas hati dengan proses lucuthak kereta rampasan, rupanya nak pakai kompressor...tak puas dengan masterpiece.....
pak said...pak said...sudah2 sudah la tu...orang lain pun tahu benda2 lucuthak ni semua orang boleh dapat...isunya cuma anatar dapat tak dapat. kerana kayu gergaji, kami dah tahu pak said ada agensi forwarding yang buat kerja salah.
kerana isu lucuthak kastam, kami dah tahu yang pak said ada masterpiece, peh tu tak puas hati lalu nak upgrade pada kompressor pulak......
malu la sikit pak said......
Posted at 02:10 pm by arjunapicisan
Permalink
frasa ini mungkin cliche bila sesekali sesekala kedengaran di halwa telinga kita yang sering disogok dengan hiburan murahan serta dogma kesepian yang kadangkala menghukum kesesatan yang timbul lewat kealpaan kita meneliti di sebalik apa yang kita lihat seharian.
lantaran setiap pagi kita bangun dan terus bernafas tanpa perlu mematuhi sebarang prosedu ISO 9001 mahupun TS 14001 atau apapun alat bagi menyeragamkan hidup kita,maka kita lupa untuk bersyukur pada nikmat sebuah kehidupan.
2 malam lepas aku mendengar seorang ustaz berkata di dalam kuliahnya, "seorang ahli tasawuf yang berada pada tahap tertinggi, hanya mengharap pada Allah, dan tidak lagi mengharap pada manusia"
apa maksudnya? aku cuba membayangkan tetapi aku tidak berani melewati batas imaginasi aku. pada siapakah kita sandarkan harapan kita? pada ekonomi supaya tidak merosot? kepada minyak supaya harga tidak terus naik? kepada tuan pengurus supaya terus menaikkan gaji kita walaupun kerja yang kita buat tidak seberapa (aku taip bloh nih masa opis hour, guna kemudahan opis, ramai yang buat mcm tu juga kan? heheheh)
kata jamal dan sarah , "sandarkan pada kenangan" huh? bole ke sandarkan pada kenangan?
sebelum solat jumaat tadi, aku duduk di kerusi empuk dan kaki diletakkan di atas CPU (CPU atas lantai) sambil merenung nasib. semalam aku tengok tikus di sebuah kuil di Rajashtan, India, dipuja umpa dewa dan dewi. alangkah dangkalnya pemikiran manusia hingga lebihan makanan tikus dimakan, kononnya membawa tuah. berkisar tentang kepercayaan ini, aku musykil sebab dalam eeting family day tempat aku kerja baru ni, arjuna cadangkan agar salah satu hadiah dalam cabutan bertuah adalah berbentuk wang tunai. ada la satu makcik ni yang "konon alim" menolak bulat2 sambil berkata tak boleh kerana subahat.
persoalannya, apakah beza cabutan bertuah dapat wang tunai dibandingkan dengan dapat seterika atau periuk nasi???
Posted at 01:55 pm by arjunapicisan
Permalink
|
|
|
 |
|
 |