/images/images/SP-PQ-button-2.gif" width="116" height="76" border="0" alt="FIND OUT WHICH CHARACTER YOU ARE">


Friday, July 07, 2006
aku ingin hidup

frasa ini mungkin cliche bila sesekali sesekala kedengaran di halwa telinga kita yang sering disogok dengan hiburan murahan serta dogma kesepian yang kadangkala menghukum kesesatan yang timbul lewat kealpaan kita meneliti di sebalik apa yang kita lihat seharian.

lantaran setiap pagi kita bangun dan terus bernafas tanpa perlu mematuhi sebarang prosedu ISO 9001 mahupun TS 14001 atau apapun alat bagi menyeragamkan hidup kita,maka kita lupa untuk bersyukur pada nikmat sebuah kehidupan.

2 malam lepas aku mendengar seorang ustaz berkata di dalam kuliahnya, "seorang ahli tasawuf yang berada pada tahap tertinggi, hanya mengharap pada Allah, dan tidak lagi mengharap pada manusia"

apa maksudnya? aku cuba membayangkan tetapi aku tidak berani melewati batas imaginasi aku. pada siapakah kita sandarkan harapan kita? pada ekonomi supaya tidak merosot? kepada minyak supaya harga tidak terus naik? kepada tuan pengurus supaya terus menaikkan gaji kita walaupun kerja yang kita buat tidak seberapa (aku taip bloh nih masa opis hour, guna kemudahan opis, ramai yang buat mcm tu juga kan? heheheh)

kata jamal dan sarah , "sandarkan pada kenangan" huh? bole ke sandarkan pada kenangan?

sebelum solat jumaat tadi, aku duduk di kerusi empuk dan kaki diletakkan di atas CPU (CPU atas lantai) sambil merenung nasib. semalam aku tengok tikus di sebuah kuil di Rajashtan, India, dipuja umpa dewa dan dewi. alangkah dangkalnya pemikiran manusia hingga lebihan makanan tikus dimakan, kononnya membawa tuah. berkisar tentang kepercayaan ini, aku musykil sebab dalam eeting family day tempat aku kerja baru ni, arjuna cadangkan agar salah satu hadiah dalam cabutan bertuah adalah berbentuk wang tunai. ada la satu makcik ni yang "konon alim" menolak bulat2 sambil berkata tak boleh kerana subahat.

persoalannya, apakah beza cabutan bertuah dapat wang tunai dibandingkan dengan dapat seterika atau periuk nasi???

 


Posted at 01:55 pm by arjunapicisan

malaysia web design
June 27, 2009   10:09 AM PDT
 
maaf la kau cuma nak kepastian tanya macam tu
malaysia web design
June 24, 2009   11:58 AM PDT
 
SUASAH NAK CARI ORANG BOLEH PERCAYA NI
hose reel system
June 11, 2009   03:11 PM PDT
 
kalau harap kan pagar pagar,pagar makan padi
malaysia seo
April 29, 2009   04:25 PM PDT
 
KALAU HARAP SESUATU KERJA APA PUN TAK JALAN
ahmadzombie
July 10, 2006   11:38 PM PDT
 

manusia gagal untuk melihat context dan sering melihat content. Maka untuk prestij kegagalan ini manusia rasa bertemu alim dalam dirinya, merasakan yang dia harus tidak bersubahat dengan karenah yang was-was. Sedih namun mungkin inilah hadiah buatnya untuk terus hidup dalam glamour kealiman kerana mungkin dia tersilap perhitungan dan lupa kepada maksud asal bait - bait terakhir surah kelapangan.

berhentilah berharap kerana mungkin tiada apa yang hendak diharapkan pun. apa yang kekal?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

CAKAP BIAR TERANG










Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed